"You can't get everything in life and you can't get everything in X-ray"
Sebagai contoh, X-ray jenis pertama, Panorama X-ray. Kelebihannya adalah dapat mengambil gambar untuk keseluruhan gigi namun kelemahannya gambar yang dihasilkan kurang jelas untuk melihat kemungkinan wujudnya symptoms(penyakit) lain yang sukar dikesan.
![]() |
Panorama X Ray |
Lain pula dengan jenis kedua, Periapical
X-ray. Jenis ini kelebihannya dapat melihat symptoms yang wujud dengan
jelas namun kelemahannya pula hanya dapat mengambil gambar untuk
sebahagian gigi sahaja. Maka kami hanya dapat memilih hanya salah satu
dari kedua-duanya. Tidak mampu untuk mendapatkan kedua-dua kelebihan
yang ada serentak.
Periapical X Ray |
*****
Kata-kata ini mengingatkan tentang betapa kerdilnya kita sebagai seorang manusia. Kita mempunyai limit/batasan dalam setiap sesuatu. Sedangkan lihat pula pada ciptaan-ciptaan Allah. Cukup hanya lihat pada rambut, mata, tangan, kaki malah gigi kita, Subhanallah, ciptaanNya yang tiada bandingan. Kesempurnaannya dari sekecil-kecil sel hingga ke sebesar-besar ciptaan.
Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (Surah Ar Rahman)