Tugas sebagai seorang doktor/dentist adalah satu tugas yang
sangat baik. Membantu merawat orang lain daripada terus sengsara dalam
kesakitan. Namun persoalannya, bagaimana cara untuk menjadi doktor/dentist yang
terbaik?
Para pesakit sebenarnya mengamanahkan segala tubuh badan dan kehormatan mereka, malah menyerahkan kepimpinan diri mereka kepada doktor.
Sesiapa menjadikan profesyen kedoktorannya kerana Allah, dia diberi pahala di dunia dan diakhirat. Sebaliknya yang terlibat dengan dunia kedoktoran semata-mata hendak mendapat gaji, maka dia memperoleh apa yang diniatkan itu sahaja.
Seorang doktor hendaklah menanam di dalam hati perasaan sayang kepada pesakitnya, kerana itu adalah sebaik-baik rawatan dan lebih mudah menyembuhkan penyakit.
e. Sentiasa memohon pertolongan daripada Allah s.w.t dalam setiap keadaan.
Tanggungjawab kedoktoran adalah satu profesion yang berat dengan membuatkan bahu-bahu manusia tidak mampu memikulnya. Oleh sebab itu doktor hendaklah terus menerus memohon pertolongan daripada Allah dan tidak hanya bergantung pada ilmu, pengalaman dan juga kekuatannya semata-mata.
Baik dari segi adab dan akhlak serta berusaha mendekatkan diri para pesakitnya dengan Allah. Berapa banyak doktor yang pintar, matang dan suka memberi nasihat, menjadi sebab kepada penerimaan hidayah daripada Allah oleh kebanyakan pesakit. (Rujukan contoh nasihat-nasihat di lampiran seterusnya.)
Seorang doktor hendaklah juga mengetahui ilmu-ilmu syarak, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan keperluan bersuci dan solat pesakit, apalagi yang melibatkanperkara yang mesti dipelajari bagi membetulkan akidah dan ibadah.
Suasana kerja yang ditempuhinya, jangan hendaknya memperdaya dan melupakan kedudukannya sebagai Muslimah, yang diperintahkan supaya berjilbab dan memakai jilbab.
Jawapannya hanyalah satu , iaitu dengan mengembalikan
diri kita sebagaimana jalan yang telah ditetapkan Allah melalui Al-Quran dan
Sunnah Rasulnya. Benarkah?
Umat Islam pada Zaman Pemerintahan Khilafah dahulu telah berjaya membuktikan untuk menjadi contoh bagi seluruh dunia dari segi kemajuan dalam bidang keilmuan termasuk ilmu perubatan dan pergigian. Antara tokoh-tokoh yang terkenal Al Zahrawi, Al Gazzar, Ar Razi, Ibnu Sina dan ramai lagi.
![]() |
Mereka telah membuktikannya, dan sekarang tugas kita untuk menggalas tanggungjawab ini |
Jadi di sini dikongsikan serba sedikit pesanan buat seorang
doktor yang dipetik dari buku ‘Isu-Isu Fiqh Perubatan Semasa’ sebagaimana yang
dianjurkan oleh Al-Quran;
a.
Sentiasa bertakwa
kepada Allah dan menunjukkan rasa takut kepadanya.
Para pesakit sebenarnya mengamanahkan segala tubuh badan dan kehormatan mereka, malah menyerahkan kepimpinan diri mereka kepada doktor.
b.
Ikhlas di dalam melakukan kerja.
Sesiapa menjadikan profesyen kedoktorannya kerana Allah, dia diberi pahala di dunia dan diakhirat. Sebaliknya yang terlibat dengan dunia kedoktoran semata-mata hendak mendapat gaji, maka dia memperoleh apa yang diniatkan itu sahaja.
“Sesiapa yang menghendaki(dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat pada faedah yang dikehendakinya; dan barang sesiapa yang menghendaki(dengan amal usahanya) kebaikan dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu(sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” As-Syura: 20
c.
Bersikap lemah
lembut dengan pesakit.
Seorang doktor hendaklah menanam di dalam hati perasaan sayang kepada pesakitnya, kerana itu adalah sebaik-baik rawatan dan lebih mudah menyembuhkan penyakit.
d. Berusaha bersungguh-sungguh mengenal pasti penyakit dan tidak hanya bergantung kepada penjelasan daripada pesakit sahaja.“Sesungguhnya Allah menganugerahkan sesuatu melalui sikap lemah lembut dan tidak menganugerkannya melalui sikap kasar.” (Hadis)
e. Sentiasa memohon pertolongan daripada Allah s.w.t dalam setiap keadaan.
Tanggungjawab kedoktoran adalah satu profesion yang berat dengan membuatkan bahu-bahu manusia tidak mampu memikulnya. Oleh sebab itu doktor hendaklah terus menerus memohon pertolongan daripada Allah dan tidak hanya bergantung pada ilmu, pengalaman dan juga kekuatannya semata-mata.
f.
Sentiasa menjadi
contoh dan teladan kepadan rakan-rakan dan juga pesakit.
Baik dari segi adab dan akhlak serta berusaha mendekatkan diri para pesakitnya dengan Allah. Berapa banyak doktor yang pintar, matang dan suka memberi nasihat, menjadi sebab kepada penerimaan hidayah daripada Allah oleh kebanyakan pesakit. (Rujukan contoh nasihat-nasihat di lampiran seterusnya.)
g.
Tidak menumpukan
kepada ilmu kedoktoran sahaja.
Seorang doktor hendaklah juga mengetahui ilmu-ilmu syarak, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan keperluan bersuci dan solat pesakit, apalagi yang melibatkanperkara yang mesti dipelajari bagi membetulkan akidah dan ibadah.
h.
Tidak berkhalwat
dengan pesakit wanita bukan muhrim
“Tidak ada seorang lelaki yang bersunyi-sunyian dengan seorang wanita bukan muhrim melainkan pihak ketiganya adalah syaitan.” (hadis)
i. Doktor wanita
hendaklah beriltizam dengan sifat malu dan sentiasa menjaga batas-batas syarak.
Suasana kerja yang ditempuhinya, jangan hendaknya memperdaya dan melupakan kedudukannya sebagai Muslimah, yang diperintahkan supaya berjilbab dan memakai jilbab.
![]() |
Bertudung tidak akan menghalang seseorang perempuan melaksanakan tugas hariannya |
Inilah antara serba sedikit
pesanan-pesanan buat doktor yang dapat dipetik dari buku tersebut. Akhir kata,
saya menutup dengan firman Allah, “…dan sesiapa yang bertakwa kepada
Allah(dengan mengerjakan suruhannya dan meninggalkan larangannya), nescaya
Allah akan mengadakan baginya jalan keluar(daripada segal perkara yang
menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di
hatinya…” At Talaq: 2-3.
Rujukan:
1. Kitab Isu-isu Fiqh Perubatan Semasa oleh Al Syeikh Walid Bin Rasyid Al-Su'aidan, yang diterjemahah oleh Dr. Basri Bin Ibrahim Al Hasani Al Azhari
2. http://tonyoke.wordpress.com/2009/06/16/kontribusi-peradaban-islam-dalam-kedokteran-gigi/
3. http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Muslim_scientists