Bismillahirrahmanirrahim,
Sebuah Harapan
Jika kita merenung dan meneliti sejenak kehidupan kita, dan saya fokuskan terus kepada ketika mana kita sedang ditimpa rasa sakit, apakah yang seharusnya kita rasakan(niat) dan lakukan. Ya, segala yang kita lakukan adalah berdasarkan kepada apa yang kita niatkan.
Sebahagian daripada kita akan memilih untuk dirinya lebih kepada rasa takut. Maka, ketika sakit itu dia akan berusaha untuk cuba mengambil sebahagian langkah pencegahan antaranya dengan berjumpa doktor supaya sakit tersebut dapat dirawat dan segera dielakkan dari terus 'melarat' menjadi semakin teruk.
Namun, adakah sama tindakannya ketika dia memilih untuk takut semata-mata dan secara berlebihan. Kemungkinan besar jawapannya lebih ke arah kepada 'tidak'. Ini adalah kerana apabila dia merasakan sedemikian, rasa takut yang berlebihan itu menyebabkan dirinya tidak yakin bahawa rasa sakit yang dialaminya itu mampu untuk sembuh sehinggakan dia mengambil tindakan untuk tidak berjumpa dengan doktor kerana tidak mempercayainya.
Mengapa terjadinya perbezaan tindakan ini sedangkan apa yang diniatkan adalah seakan-akan hampir serupa? Apakah yang menyebabkan dengan rasa takut itu dia masih mampu berusaha untuk mencegah, sedangkan dengan rasa takut berlebihan pula, dia seolah-olah menyerah kalah.
Punca yang membezakan kedua-dua tindakan ini adalah kerana wujudnya perasaan raja'(berharap). Perasaan ini akan cuba untuk menstabilkan kembali emosi seseorang yang sedang takut itu, untuk kembali terus 'berjuang'.
Seimbang dan Seiring
Tidak bermakna disini dengan rasa berharap semata-mata, kita akan mengambil tindakan yang benar. Seseorang yang boleh juga digelarkan sebagai 'over confident' ini tidak akan mengambil sebarang tindakan kerana merasakan sakitnya akan sembuh dengan sendiri.
Sebagai contoh agar lebih jelas, kita lihat kepada seseorang yang mengalami kesakitan gigi yang disebabkan oleh pengambilan gula-gula/manisan yang berlebihan.
1. Pesakit yang merasakan takut dan harap
2. Pesakit yang hanya merasakan takut
3. Pesakit yang hanya berharap
Akhirnya, antara rasa takut dan berharap perlu seimbang dan bergerak secara seiring.
Realiti Umat Hari Ini Yang Harus Direnungi
1. Sebagai Hamba:
Kesimpulannya, seharusnya kita merasakan TAKUT dan terus BERHARAP!

- Niat: Dia takut giginya terus dan semakin sakit namun dia harap giginya mampu dan yakin untuk disembuhkan.
- Tindakan: Dia mengurangkan pengambilan manisan tersebut dan cuba berjumpa doktor gigi.
2. Pesakit yang hanya merasakan takut
- Niat: Dia terlalu takut giginya tidak dapat dibaiki yang menjadikan dirinya tertekan dan putus harapan.
- Tindakan: Dia membiarkan sahaja dirinya terus sakit dan masih mengamalkan gaya pemakanannya tersebut.
3. Pesakit yang hanya berharap
- Niat: Harapan yang terlalu tinggi dan yakin bahawa giginya akan sembuh sendiri.
- Tindakan: Dia juga membiarkan sahaja dirinya terus sakit dan masih mengamalkan gaya pemakanannya tersebut.
Akhirnya, antara rasa takut dan berharap perlu seimbang dan bergerak secara seiring.
![]() |
Bakal-bakal Doktor Gigi Berwibawa |
1. Sebagai Hamba:
- Bagaimana situasi amal ibadat yang sedikit ini?
- Bagaimana dengan dosa-dosa yang banyak telah kita lakukan?
- Adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab kita untuk melakukan amar makruf nahi mungkar?
- Bagaimana dengan negara kita Malaysia yang semakin hari didatangi dengan ideologi-ideologi pelik, jenayah dan maksiat terus berleluasa, dan kita pula masih bergaduh sesama sendiri?
- Adakah kita sedang memimpin masyarakat termasuk bukan Islam atau sebaliknya?