Monday, April 30, 2012

Bentuk Gigi dan Manusia

Assalamualaikum buat teman-teman pembaca yang sudi berkunjung ke blog saya. Semoga mendapat serba sedikit info untuk dimanfaatkan dalam hidup kalian. Kali ini tajuk artikel saya adalah ‘Bentuk Gigi dan Manusia. GIGI? MANUSIA?? =)

InsyaAllah saya cuba terangkan serba sedikit tentang bentuk2 gigi dan selepas itu saya akan cuba kaitkan dengan manusia.     

#Jenis-jenis Gigi (Kedudukan dan Bentuk-bentuknya)


Mesti anda pernah ketahui bahawa gigi kita mempunyai pelbagai jenis. Ada gigi kapak, gigi taring dan gigi geraham. Mungkin juga anda perasan gigi kita juga mempunyai bentuk-bentuk tertentu. Ada yang tumpul, ada yang tajam, ada yang lekuk2, ada yang kecil dan ada yang besar. Jadi saya akan cuba terangkan secara ringkas lebih lanjut tentang jenis dan bentuk setiap jenis gigi.  

 

A. GIGI KAPAK(bahasa Sains= Incisor)
     
  • Cuba kamu tengok dan rasa pada empat batang gigi kamu yang paling depan pada bahagian atas dan bawah. Permukaannya seakan-akan bentuk pahat yang mempunyai bentuk yang petak dan agak rata. Kalau dalam bahasa kita, gigi ini dipanggil ‘gigi Kapak’. Kalau bahasa luarnya, Incisor teeth.
  • Empat gigi yang atas dipanggil upper incisor(atas kapak?^^) dan empat yang bawah dipanggil lower incisor.
  • Setiap dari gigi-gigi ini walaupun namanya hampir sama, tetapi tetap mempunyai perbezaannya. Cuba tengok gigi atas kita bersaiz lebih besar berbanding gigi bawah.
  • Setiap-setiap daripada yang atas mahupun dibawah itu juga, mempunyai perbezaannya tersendiri.

  

B. GIGI TARING(Canine)
  • Pasti semua kenal gigi ini. Semasa kecil dahulu selalu kita fikir kalau gigi ini panjang akan jadi macam Drakula. Jadi, gigi itulah gigi taring. Bahasa lainnya, gigi canine.
  • Kedudukannya bersebelahan gigi-gigi kapak tadi.
  • Bentuknya seakan2 bentuk kon dan permukaannya yang tajam

 

C. GIGI GERAHAM KECIL(Premolar)
  • Gigi ini juga agak tajam.
  • Kedudukannya bersebelahan daripada gigi taring
  • Ada dua jenis:  
  1. First premolar = bersebelahan gig taring
  2. Second premolar = bersebelahan gigi first premolar 

 

D. GIGI GERAHAM BESAR(Molar)
  • Gigi ini pun tajam juga, dan tambahannya seperti ada lekukan di tengahnya. Cuba rasa dengan lidah.
  • Gigi ini biasanya apabila kita tutup mulut dia akan bertembung gigi atas dan bawah
  • Ada tiga jenis:
  1.  First molar
  2. Second molar
  3. Third molar = Gigi ini kedudukannya berada di rahang paling hujung. Biasanya gigi ini lambat tumbuh dan kamu akan mengadu rasa sakit.=)
Ini serba sedikit penerangan ringkas mengenai susunan dan bentuk-bentuk gigi yang ada. Sepatutnya panjang dan banyak lagi bezanya. Kalau mahu lebih detail anda boleh cuba cari dalam internet dan taip ‘morphology of tooth’. Yang penting saya nak tekankan dari segi kesimpulan dari semuani. 



#KESIMPULAN


Pernah tak kamu terfikir dari segi susunannya, mengapa tidak tukar gigi atas letak kat bawah dan sebaliknya. Atau tukar gigi belakang letak depan. Jawapannya senangje. Cubalah bayangkan sendiri apa akan jadi. Pasti pelikkan. Gigi yang kecil kat atas yang besar kat bawah.

Dari segi fungsinya pula, Gigi incisor mempunyai bentuk seperti pahat untuk memainkan fungsinya untuk memotong makanan. Gigi canine pula berbentuk kon tajam untuk mengoyak makanan. Gigi Molar untuk mengisar makanan, dan gigi premolar fungsinya tengah-tengah antara gigi canine dan gigi molar. Setiap darinya berbeza peranan mengikut kesesuaian bentuk mereka.

Jadi, apakah kaitan semua ini dengan manusia? Rasanya semua sudah dapat bayangkan. Saya cuba ulas dari apa yang saya fikirkan.

1. Setiap Dari Kita Mempunyai Perbezaan Bentuk

 

Serupa seperti gigi yang mempunyai banyak perbezaan sama juga dengan diri kita dengan orang lain. Pasti ada perbezaan. Mungkin dari segi perwatakan kita, hobi kita, karier kita, dan lain-lain lagi.

2. Setiap Dari Kita Mempunyai Peranan Masing-masing

 

Serupa dengan gigi yang mempunyai  peranan mengikut bentuk-bentuknya, jadi kita juga mempunyai peranan kita mengikut apa yang kita ada. Mungkin orang lain jenis yang mudah bergaul, kita pula jenis yang senyap. Akan tetapi kita suka menaip. Jadi kita pasti akan lebih memainkan peranan kita untuk lebih banyak menaip. Mungkin orang lain suka main bola tetapi kita suka main badminton. Kita pasti akan main badminton lebih dari orang lain. Termasuk dari segi pekerjaan kita akan juga berbeza dengan yang lain. Ada yang akan kerja sebagai dentist, ustaz, dan lain-lain yang mempunyai tugasan yang berlainan. Kita memainkan peranan mengikut kesesuaian yang ada pada diri kita.

Jadi, apa yang pentingnya persamaan-persamaan ini? 

 

Jawapannya adalah setiap kita mempuyai tugas dan peranan masing-masing. Seperti gigi yang mempunyai tugas mengikut bentuk masing-masing, namun tugas utama gigi adalah untuk 'membantu manusia'. Jadi jika dibandingkan dengan manusia, antara tugas utama kita pula adalah untuk 'membantu agama Allah.'

Gunakan segala perbezaan-perbezaan dan peranan masing-masing yang ada pada setiap dari kita untuk membantu agama Allah. Jika kamu suka main bola, jadikan permainan itu untuk membantu agama Allah. Jika kamu seorang dentist, jadikan pekerjaan kamu itu untuk membantu agama Allah. Jika kamu seorang yang mudah bergaul, jadikan pergaulan kamu itu untuk membantu agama Allah. Setiap perbezaan yang ada pada kita bermatlamatkan untuk membantu agama Allah. Mempunyai agenda yang sama. 


Jadikan dirimu salah seorang dari penyelamat yang dimaksudkan.^^

Bagaimana cara untuk melakukan semua ini? Mesti susah nak kena tegur orang lain.=)

Yang paling mudah adalah dengan bermula dari diri kita sendiri. Jadikan diri kita sebagai qudwah atau contoh kepada orang lain. Kita main bola, dalam keadaan berpakaian menutup aurat. Kita sibuk bekerja sebagai dentist, tetapi kita tetap jaga solat. Kita seorang yang suka bergaul, namun kita tidak bercakap perkara-perkara yang tidak elok. Bermula dari diri kita barulah selepas itu kita usaha peringkat-peringkat seterusnya. Tidak susahkan.^_^

Jadi, manfaatkan apa yang ada pada dirimu itu. Allah memberi bukan sekadar untuk kegunaan dirimu sahaja tetapi lebih dari itu dan yakinlah apabila kita bersusah-susah kerana Allah, pasti ganjarannya adalah sangat indah. Wallahua’lam

Thursday, January 5, 2012

Gigi, Tajwid n Dakwah

Dr. Jaafar : Assalamualaikum dik.^_^

Adam : Waalaikummussalam

Dr. Jaafar : Apa nama adik?

Adam :  Adam

Dr. Jaafar: oo Adam. Cantik nama adik. Pasti anak soleh nikan.

Adam: (tersenyum malu2.^^)

Dr. Jaafar : Adam sihat?

Adam : mmm tak doktor. Rasa sakit kat gigi depanni(incisor).

Dr. Jaafar : Alhamdulillah syukurlah begitu dik. (Dr. tersenyum2)

Adam : Kenapa doktor cakap begitu?(timbul kerutan di dahi Adam tanda sedikit kepelikan)

Dr. Jaafar : Haa. Meh Dr. nak cuba. Cuba Adam sebut huruf  ث

Adam : sa (bacaan Adam kurang tepat)

Dr. Jaafar : Ulang sekali lagi dik?

Adam : ss sa..(bacaannya sedikit gagap mungkin terasa sedikit kurang yakin dan bacaannya masih kurang tepat). Kenapa doktor, salah ke bacaan Adam?

Dr. Jaafar : Sudah betul, cuma kalau dibetulkan sedikit lagi pasti lebih cantik lagi dik. Dr. cuba betulkan sikit ye. Sebab dulu Dr. pernah belajar sedikit tentang sebutan  tajwid

Adam : Waa. Betulke Dr. Jadi bagaimana cara yang betul Dr? (Adam begitu bersemangat ingin tahu)

Dr. Jaafar : Macam ni. Untuk huruf  ث sepatutnya cara sebutnya ialah hujung lidah kita ini mesti bersentuhan pada gigi kapak yang atasni(upper incisor). Cuba Adam buat.

Adam : ss. Aduh! Sakit. Bagaimana Adam nak sebut doktor. Gigi Adam nikan sakit.

Dr. Jaafar : Ha, itu sebabtu Dr. bersyukur sangat. Adam sudah datang jumpa Dr. Jadi, bolehlah Dr. betulkan gigi Adam. Malah, bukan gigi Adamje Dr. boleh betulkan, dengan betulnya gigi Adam nanti, Adam bolehlah sempurnakan bacaan Quran Adam dengan cantik gitu. Boleh jadi imam besar nanti.

Adam : oo yeke Dr. Alhamdulillah. Terima kasih doktor. (Dalam hati Adam itu bukan sahaja gembira malah turut merasa  ingin belajar tajwid)




Dr Jaafar bersama adik Adam..:P


* Belum habis disini. Sambung baca pada pengajaran pulak ye.^^


PENGAJARAN DR KISAH INI

# Untuk bakal doktor-doktor 

  1. Pernahkah kita terbayang satu hari nanti situasi sebegini boleh terjadi. Ya! Sebagai seorang doktor PASTI boleh terjadi jika 'ANDA' yg memulakannya. Berdakwah tidak susah, namun yang penting usaha dan cara kita.
  2. Tugas kita bukan hanya merawat sakit fizikal sahaja malah ada yang lebih2 penting dari itu iaitu merawat JIWA mereka. Inilah beza kita berbanding doktor-doktor lain. Hadiahkan untuk pesakit kita nanti sesuatu yang lebih bernilai dari apa yang mereka hajatkan.
  3. Tugas dakwah ini bukan digalas oleh ustaz-ustaz sahaja, tapi semua. Jangan sangka seorang 'Dentist' tidak mampu untuk berdakwah. Sekalipun seorang peminta sedekah, mereka ada cara mereka sendiri untuk berdakwah. Inikan kita sebagai seorang doktor. Pasti ada caranya malah kita mempunyai potensi yang lebih besar. Manfaatkanlah.
  4. Mantapkan ilmu kedoktoran dan cuba juga ambil masa untuk mempelajari ilmu-ilmu agama supaya kita lebih yakin dan tidak salah apa yang kita sampaikan. (Jangan tipu diri cakap tiada masa. Masa kita banyak dengan online, game, movie n lain2 lagi. Betulkan.=))
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedu­dukanmu.” (Surah Muhammad,47: 7).


# Untuk umum

  1. Jagalah gigi anda. Sekiranya ada sebarang rasa kesakitan segerakan untuk berjumpa doktor gigi kerana kemungkinan ada faktor-faktor lain yang menyebabkan kesakitan tersebut seperti jangkitan kuman akibat daripada gigi berlubang yang tidak ditampal. Jika tidak dirawat, jangkitan tersebut mungkin akan merebak menyebabkan gigi anda bernanah.
    Kebiasaannya, ubat gigi hanyalah untuk 'mengurangkan' dari berlakunya gigi berlubang, bukan menghalang mahupun membaiki
  2. Nasihat yang paling2 penting, ‘Bersyukurlah’ dengan segala pemberian Allah. Walaupun gigi ini nampak seolah sesuatu yang kecil, hakikatnya tanpa gigi hidup kita akan tidak sempurna. Kalau tak percaya cuba bayangkan kita senyum tanpa gigi. Ha, pasti kalau nak tergelak nanti tangan tutup mulut takut orang lain nampak.=)  Jadi ingatlah SEGALA ciptaan Allah PASTI ada hikmahnya.
Akhir kata, tiada manfaat sesuatu ilmu itu jika tidak disusuli dengan amal. Jadi mana yang bermanfaat cuba amalkan. Selamat beramal.

dan buat kawan2ku yg dijadikan sebagai model, semoga cerita menjadi kenyataan. amin..^^