Tuesday, November 20, 2012

You Can't Get Everything in X-ray

"You can't get everything in life and you can't get everything in X-ray" 
Jelas Dr. Nancy pada kelas petang tadi, yang merupakan salah seorang doktor kelas praktikal Radiography. Beliau menerangkan tentang hakikat seorang dentist tidak mampu untuk membuat sesuatu dengan sempurna. Untuk mengambil X-ray seseorang, kami hanya mampu memilih salah satu antara 2 jenis X-ray dan setiap jenis itu ada kebaikan dan kelemahannya.

Sebagai contoh, X-ray jenis pertama, Panorama X-ray. Kelebihannya adalah dapat mengambil gambar untuk keseluruhan gigi namun kelemahannya gambar yang dihasilkan kurang jelas untuk melihat kemungkinan wujudnya symptoms(penyakit) lain yang sukar dikesan. 
Panorama X Ray

Lain pula dengan jenis kedua, Periapical X-ray. Jenis ini kelebihannya dapat melihat symptoms yang wujud dengan jelas namun kelemahannya pula hanya dapat mengambil gambar untuk sebahagian gigi sahaja. Maka kami hanya dapat memilih hanya salah satu dari kedua-duanya. Tidak mampu untuk mendapatkan kedua-dua kelebihan yang ada serentak.

Periapical X Ray
*****

Kata-kata ini mengingatkan tentang betapa kerdilnya kita sebagai seorang manusia. Kita mempunyai limit/batasan dalam setiap sesuatu. Sedangkan lihat pula pada ciptaan-ciptaan Allah. Cukup hanya lihat pada rambut, mata, tangan, kaki malah gigi kita, Subhanallah, ciptaanNya yang tiada bandingan. Kesempurnaannya dari sekecil-kecil sel hingga ke sebesar-besar ciptaan.

Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (Surah Ar Rahman)

Monday, July 23, 2012

Gosok Gigi Walaupun Malas

Assalamualaikum buat teman-teman pembaca yang saya kasihi dan hormati sekalian. Mesti kita pernah dengar dialog seakan-akan di bawah ini;
  
Dialog Pertama 
Ibu  : Adik, sudah gosok gigi ke belum?
Adik : Belum ibu.
Ibu  : Kalau macamtu sekarang adik pergi gosok dulu ye.
Adik : Tak nak.
Ibu  : Kenapa adik tak nak ni?
Adik : Adik malas. Asyik-asyik gosok gigi. Setiap hari dah adik gosok gigi.
Ibu  : Adik, tak boleh malas-malas macamni. Nanti gigi adik rosak, sakit adik nanti.

Dialog Kedua
Adik : Nak coklat itu ibu?
Ibu  : Eh adikni, semalamkan adik sudah makan coklat.
Adik : Ala, nak lagi.
Ibu  : Mana boleh adik. Nanti rosak jugak gigi adik nanti.
Adik  : Ibuni, asyik2 cakap rosak gigi. :(
Ibu  : Adik2. Mari ibu dekat ibuni. 
*Dengan sebuah dakapan n sebuah ciuman, ibu berkata pada adik
Ibu  : Ibukan sayangkan adik. =)

Adik malas gosok.. :'( (Gambar sekadar hiasan)

Betulkan pernah dengar dialog seperti ini. Kalau tak pernah dengarpun, mesti kamu sendiri yang cakapkan.^^ Walau apapun, apa pengajarannya dari kisahni?

Pengajaran

1. Sesuatu yang kita tidak sukai belum tentu tidak baik untuk kita

  Ikutkan hati kita rasa tidak mahu gosok gigi, tapi kita gosok juga kerana kita takut ia rosak. Jadi, cuba lihat pula dari segi perintah2(syariat) Allah dan Sunnah Rasulullah. Kadang2 ada yang kita rasa kurang sukai dan kita tidak mahu lakukan. Namun hakikatnya ia sangat penting untuk diri kita kerana semua yang Allah syariatkan ini tidak lain tidak bukan untuk kebaikan diri kita sendiri juga kerana Allah sangat sayangkan kita. Kita tak gosok gigi, gigi akan rosak. Begitu juga jika kita tidak lakukan perintah Allah pasti diri kita akan rosak. Yakinlah pasti ada kebaikan setiap apa yang Allah perintahkan. Allah mengetahui apa yang kita tidak ketahui. 

2. Sesuatu yang kita sukai belum tentu baik untuk kita

  Kaitan ini pula dengan nafsu dan kehendak kita. Apa itu nafsu? Nafsu ialah apa2 sahaja yang berlawanan dan bertentangan dengan syariat Allah n Sunnah Rasulullah. Contohnya, bagaimana ciri2 solat nabi. Awal waktu, berjemaah n lain2. Maka jika kita rs ingin lakukan selain dari itu, solat lewat, n lain2 maka itulah nafsu. Bukan nafsu syahwat sahaja ye.=) Sebagaimana coklat yang kita sukai merosakkan gigi kita seperti itulah nafsu merosakkan kita. Jadi, kita perlu sentiasa melawan nafsu kita agar kita tidak melakukannya. Tidak dinafikan memang kita akan kadang2 terikut dengan nafsu, namun seperti artikel sy sebelum ini, jangan sesekali menyerah untuk terus melawannya. Caiyok!2 ^^ 

Dan akhirnya, Islam sahajalah cara penyelesaian yang terbaik

  Begitu juga dengan takdir Allah berikan pada kita. Ada masa kita suka, ada masa kita tidak sukai. Namun ingatlah semua ketentuan Allah itu terbaik untuk diri kita. Terimalah dengan hati yg penuh dengan keredhaan dan penuh keyakinan.
‘Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal tu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.’ (Terjemahan dari Surah Al Baqarah, surah 2: ayat 216)
Akhir kata, salam Ramadhan. Semoga kita berusaha menjadikan Ramadhan kita kalini lebih baik dari Ramadhan2 yang lepas. Dah baca artikelni jangan gosok gigi banyak sangat time puasani. Makruh pulak nanti.=) Wassalam.

Wednesday, July 4, 2012

Erti Kehidupan Disebalik 'Dental Plaque'

  Alhamdulillah segala pujian bagi Allah kerana Allah telah membantu saya dan rakan2 pergigian saya yg lain berjaya menghabiskan exam final bagi tahun ini. Semoga dikurniakan pula keputusan yg baik. Sementara apa yang dibaca masih segar dalam ingatan jadi saya ingin kongsikan tentang ‘dental plaque’ dan seperti biasa juga akan cuba mengaitkan dengan kehidupan manusia. (Segar2 pun tengok buku jugak. Takut salah info.he3)

Apa itu dental plaque?

Ia adalah satu lapisan bakteria di atas gigi yang boleh menyebabkan gigi rosak(karies).

Bagaimana pembetukannya? (Lebih sesuai untuk pelajar pergigian. Namun kalau ada yang ingin tambah ilmu silakan.^^)  
  1. Peringkat pertama  : S. Sanguis(sejenis bakteria) mula berkumpul di lapisan tersebut.
  2. Peringkat kedua     : Jikalau tidak dicuci, selepas beberapa hari akan diikuti pula pengumpulan bakteria-bakteria lain seperti S. Mitior, Neisseria dan Veilonella
  3. Peringkat ketiga     : Selepas 14 hari tanpa cucian diikuti pula dengan Gram Positive Bacilli, fusobocterium, nocardia, actinomyces.
  4. Peringkat keempat : Selepas 21 hari, akan  terbentuknya plaque yang padat yang mengandungi anaerobic motile spirochetes
  5. Peringkat kelima    : Peringkat terakhir pembentukan satu lapisan yang padat yang mengandungi semua organisma2 yang digabungkan menggunakan matrix yang terdiri daripada bakteria dan salivary polymer.
* Untuk mudah difahami umum:

  Pada awal pembentukannya, ia masih lembut dan mudah untuk dibuang. Namun, jika tidak dibersihkan dengan segera ia akan semakin mengeras dan mengeras. Kerasnya ia sehinggakan tidak dapat dihilangkan walau sekuat manapun kita memberusnya. (Kalau berus gigi besi tu, wallahua'lam.^^)

  Apabila diperingkat ini, penyelesaiannya hanyalah berjumpa doktor gigi untuk dicuci(Nama rawatannya: Scalling). Jika dibiarkan juga, satu masa nanti akan menyebabkan penyakit lain antaranya seperti gigi rosak(karies gigi) dan periodontal disease(faktor yang menyebabkan gigi mudah tercabut.).

Lihat di gigi itu berdekatan dengan gusi kelihatan ada sisa yang melekat. Itulah plaque. Gambar lain yang real boleh search kat internet. Sebab takut ada yang geli nanti. =) n inilah antara rawatan scalling.


Jadi, apa kaitannya dengan kehidupan?

  Kaitannya adalah sebagaimana peringkat2 pembentukan plaque itu yang merosakkan gigi kita, begitu juga dengan peringkat2 dosa yang kita lakukan yang merosakkan diri kita.
Rasulullah Saw. bersabda, “Setiap anak Adam itu mempunyai kesalahan, dan sebaik-baik orang yang mempunyai kesalahan ialah orang-orang yang bertaubat kepada Allah.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah).
  Betul tak, kadang2 bukan kita tak mahu berubah, kita memang ada rasa keinginan nak berubah. Dan memang kita cuba sedaya upaya kita untuk berubah. Akan tetapi apa yang biasanya terjadi, sampai satu masa, kita terulang membuat dosa lagi. Akhirnya kita rasa down dan give up. "Malasla aku nak berubah. Buat penatje. Bukan jadipun." Betulkan ada rasani? ^_^

  Jawapannya: Ye. Itulah memang lumrah kehidupan. Bukan kitaje sebegini tetapi semua manusia. Kita memang tidak akan mampu berubah terus tanpa melakukan apa2 dosa. Namun bukan bermakna kita tidak boleh berubah. Penyelesaiannya adalah 'jangan pernah mengalah'.
 
  Kita akan benar2 tewas pada nafsu kita dan syaitan  apabila kita mengalah. Akhirnya setelah 1 dosa yang kita buat, kita biarkan maka seterusnya akan bertambah2 ibarat pembentukan plaque tadi yang menjadikan kita semakin teruk. Daripada dosa2 kecil kepada dosa2 yg lebih besar. Dan begitulah seterusnya, akhirnya jika tidak sempat bertaubat maka hilanglah segala kenikmatan2 yg wujud di alam ini menempuhi alam Neraka.

  Ingatlah Allah menerima taubat kamu bila2 masa dalam apa jua keadaan. Dosa menggunung sampai kelangitpun Allah tetap akan ampuni kita jika(kena ada jika ye.). Jika kita benar2 bertaubat dan bukan bertaubat dengan sambil lewa sahaja. Andai tersilap lagi, bertaubat lagi. Sehinggakan kita benar2 berubah.

 
Gambar dari Facebook ISMA Mesir: https://www.facebook.com/ismamesir


  Akhir kata jangan pernah menyerah kalah. Kuatkan tekad dan azam. N jangan lupa untuk sentiasa mengharapkan daripada Allah. Sekian dari saya. Wassalam

Video yang berkaitan:

Rujukan: Buku Teks Microbiology Mansurah Universiti Tahun 2011

Monday, April 30, 2012

Bentuk Gigi dan Manusia

Assalamualaikum buat teman-teman pembaca yang sudi berkunjung ke blog saya. Semoga mendapat serba sedikit info untuk dimanfaatkan dalam hidup kalian. Kali ini tajuk artikel saya adalah ‘Bentuk Gigi dan Manusia. GIGI? MANUSIA?? =)

InsyaAllah saya cuba terangkan serba sedikit tentang bentuk2 gigi dan selepas itu saya akan cuba kaitkan dengan manusia.     

#Jenis-jenis Gigi (Kedudukan dan Bentuk-bentuknya)


Mesti anda pernah ketahui bahawa gigi kita mempunyai pelbagai jenis. Ada gigi kapak, gigi taring dan gigi geraham. Mungkin juga anda perasan gigi kita juga mempunyai bentuk-bentuk tertentu. Ada yang tumpul, ada yang tajam, ada yang lekuk2, ada yang kecil dan ada yang besar. Jadi saya akan cuba terangkan secara ringkas lebih lanjut tentang jenis dan bentuk setiap jenis gigi.  

 

A. GIGI KAPAK(bahasa Sains= Incisor)
     
  • Cuba kamu tengok dan rasa pada empat batang gigi kamu yang paling depan pada bahagian atas dan bawah. Permukaannya seakan-akan bentuk pahat yang mempunyai bentuk yang petak dan agak rata. Kalau dalam bahasa kita, gigi ini dipanggil ‘gigi Kapak’. Kalau bahasa luarnya, Incisor teeth.
  • Empat gigi yang atas dipanggil upper incisor(atas kapak?^^) dan empat yang bawah dipanggil lower incisor.
  • Setiap dari gigi-gigi ini walaupun namanya hampir sama, tetapi tetap mempunyai perbezaannya. Cuba tengok gigi atas kita bersaiz lebih besar berbanding gigi bawah.
  • Setiap-setiap daripada yang atas mahupun dibawah itu juga, mempunyai perbezaannya tersendiri.

  

B. GIGI TARING(Canine)
  • Pasti semua kenal gigi ini. Semasa kecil dahulu selalu kita fikir kalau gigi ini panjang akan jadi macam Drakula. Jadi, gigi itulah gigi taring. Bahasa lainnya, gigi canine.
  • Kedudukannya bersebelahan gigi-gigi kapak tadi.
  • Bentuknya seakan2 bentuk kon dan permukaannya yang tajam

 

C. GIGI GERAHAM KECIL(Premolar)
  • Gigi ini juga agak tajam.
  • Kedudukannya bersebelahan daripada gigi taring
  • Ada dua jenis:  
  1. First premolar = bersebelahan gig taring
  2. Second premolar = bersebelahan gigi first premolar 

 

D. GIGI GERAHAM BESAR(Molar)
  • Gigi ini pun tajam juga, dan tambahannya seperti ada lekukan di tengahnya. Cuba rasa dengan lidah.
  • Gigi ini biasanya apabila kita tutup mulut dia akan bertembung gigi atas dan bawah
  • Ada tiga jenis:
  1.  First molar
  2. Second molar
  3. Third molar = Gigi ini kedudukannya berada di rahang paling hujung. Biasanya gigi ini lambat tumbuh dan kamu akan mengadu rasa sakit.=)
Ini serba sedikit penerangan ringkas mengenai susunan dan bentuk-bentuk gigi yang ada. Sepatutnya panjang dan banyak lagi bezanya. Kalau mahu lebih detail anda boleh cuba cari dalam internet dan taip ‘morphology of tooth’. Yang penting saya nak tekankan dari segi kesimpulan dari semuani. 



#KESIMPULAN


Pernah tak kamu terfikir dari segi susunannya, mengapa tidak tukar gigi atas letak kat bawah dan sebaliknya. Atau tukar gigi belakang letak depan. Jawapannya senangje. Cubalah bayangkan sendiri apa akan jadi. Pasti pelikkan. Gigi yang kecil kat atas yang besar kat bawah.

Dari segi fungsinya pula, Gigi incisor mempunyai bentuk seperti pahat untuk memainkan fungsinya untuk memotong makanan. Gigi canine pula berbentuk kon tajam untuk mengoyak makanan. Gigi Molar untuk mengisar makanan, dan gigi premolar fungsinya tengah-tengah antara gigi canine dan gigi molar. Setiap darinya berbeza peranan mengikut kesesuaian bentuk mereka.

Jadi, apakah kaitan semua ini dengan manusia? Rasanya semua sudah dapat bayangkan. Saya cuba ulas dari apa yang saya fikirkan.

1. Setiap Dari Kita Mempunyai Perbezaan Bentuk

 

Serupa seperti gigi yang mempunyai banyak perbezaan sama juga dengan diri kita dengan orang lain. Pasti ada perbezaan. Mungkin dari segi perwatakan kita, hobi kita, karier kita, dan lain-lain lagi.

2. Setiap Dari Kita Mempunyai Peranan Masing-masing

 

Serupa dengan gigi yang mempunyai  peranan mengikut bentuk-bentuknya, jadi kita juga mempunyai peranan kita mengikut apa yang kita ada. Mungkin orang lain jenis yang mudah bergaul, kita pula jenis yang senyap. Akan tetapi kita suka menaip. Jadi kita pasti akan lebih memainkan peranan kita untuk lebih banyak menaip. Mungkin orang lain suka main bola tetapi kita suka main badminton. Kita pasti akan main badminton lebih dari orang lain. Termasuk dari segi pekerjaan kita akan juga berbeza dengan yang lain. Ada yang akan kerja sebagai dentist, ustaz, dan lain-lain yang mempunyai tugasan yang berlainan. Kita memainkan peranan mengikut kesesuaian yang ada pada diri kita.

Jadi, apa yang pentingnya persamaan-persamaan ini? 

 

Jawapannya adalah setiap kita mempuyai tugas dan peranan masing-masing. Seperti gigi yang mempunyai tugas mengikut bentuk masing-masing, namun tugas utama gigi adalah untuk 'membantu manusia'. Jadi jika dibandingkan dengan manusia, antara tugas utama kita pula adalah untuk 'membantu agama Allah.'

Gunakan segala perbezaan-perbezaan dan peranan masing-masing yang ada pada setiap dari kita untuk membantu agama Allah. Jika kamu suka main bola, jadikan permainan itu untuk membantu agama Allah. Jika kamu seorang dentist, jadikan pekerjaan kamu itu untuk membantu agama Allah. Jika kamu seorang yang mudah bergaul, jadikan pergaulan kamu itu untuk membantu agama Allah. Setiap perbezaan yang ada pada kita bermatlamatkan untuk membantu agama Allah. Mempunyai agenda yang sama. 


Jadikan dirimu salah seorang dari penyelamat yang dimaksudkan.^^

Bagaimana cara untuk melakukan semua ini? Mesti susah nak kena tegur orang lain.=)

Yang paling mudah adalah dengan bermula dari diri kita sendiri. Jadikan diri kita sebagai qudwah atau contoh kepada orang lain. Kita main bola, dalam keadaan berpakaian menutup aurat. Kita sibuk bekerja sebagai dentist, tetapi kita tetap jaga solat. Kita seorang yang suka bergaul, namun kita tidak bercakap perkara-perkara yang tidak elok. Bermula dari diri kita barulah selepas itu kita usaha peringkat-peringkat seterusnya. Tidak susahkan.^_^

Jadi, manfaatkan apa yang ada pada dirimu itu. Allah memberi bukan sekadar untuk kegunaan dirimu sahaja tetapi lebih dari itu dan yakinlah apabila kita bersusah-susah kerana Allah, pasti ganjarannya adalah sangat indah. Wallahua’lam

Thursday, January 5, 2012

Gigi, Tajwid n Dakwah

Dr. Jaafar : Assalamualaikum dik.^_^

Adam : Waalaikummussalam

Dr. Jaafar : Apa nama adik?

Adam :  Adam

Dr. Jaafar: oo Adam. Cantik nama adik. Pasti anak soleh nikan.

Adam: (tersenyum malu2.^^)

Dr. Jaafar : Adam sihat?

Adam : mmm tak doktor. Rasa sakit kat gigi depanni(incisor).

Dr. Jaafar : Alhamdulillah syukurlah begitu dik. (Dr. tersenyum2)

Adam : Kenapa doktor cakap begitu?(timbul kerutan di dahi Adam tanda sedikit kepelikan)

Dr. Jaafar : Haa. Meh Dr. nak cuba. Cuba Adam sebut huruf  ث

Adam : sa (bacaan Adam kurang tepat)

Dr. Jaafar : Ulang sekali lagi dik?

Adam : ss sa..(bacaannya sedikit gagap mungkin terasa sedikit kurang yakin dan bacaannya masih kurang tepat). Kenapa doktor, salah ke bacaan Adam?

Dr. Jaafar : Sudah betul, cuma kalau dibetulkan sedikit lagi pasti lebih cantik lagi dik. Dr. cuba betulkan sikit ye. Sebab dulu Dr. pernah belajar sedikit tentang sebutan  tajwid

Adam : Waa. Betulke Dr. Jadi bagaimana cara yang betul Dr? (Adam begitu bersemangat ingin tahu)

Dr. Jaafar : Macam ni. Untuk huruf  ث sepatutnya cara sebutnya ialah hujung lidah kita ini mesti bersentuhan pada gigi kapak yang atasni(upper incisor). Cuba Adam buat.

Adam : ss. Aduh! Sakit. Bagaimana Adam nak sebut doktor. Gigi Adam nikan sakit.

Dr. Jaafar : Ha, itu sebabtu Dr. bersyukur sangat. Adam sudah datang jumpa Dr. Jadi, bolehlah Dr. betulkan gigi Adam. Malah, bukan gigi Adamje Dr. boleh betulkan, dengan betulnya gigi Adam nanti, Adam bolehlah sempurnakan bacaan Quran Adam dengan cantik gitu. Boleh jadi imam besar nanti.

Adam : oo yeke Dr. Alhamdulillah. Terima kasih doktor. (Dalam hati Adam itu bukan sahaja gembira malah turut merasa  ingin belajar tajwid)




Dr Jaafar bersama adik Adam..:P


* Belum habis disini. Sambung baca pada pengajaran pulak ye.^^


PENGAJARAN DR KISAH INI

# Untuk bakal doktor-doktor 

  1. Pernahkah kita terbayang satu hari nanti situasi sebegini boleh terjadi. Ya! Sebagai seorang doktor PASTI boleh terjadi jika 'ANDA' yg memulakannya. Berdakwah tidak susah, namun yang penting usaha dan cara kita.
  2. Tugas kita bukan hanya merawat sakit fizikal sahaja malah ada yang lebih2 penting dari itu iaitu merawat JIWA mereka. Inilah beza kita berbanding doktor-doktor lain. Hadiahkan untuk pesakit kita nanti sesuatu yang lebih bernilai dari apa yang mereka hajatkan.
  3. Tugas dakwah ini bukan digalas oleh ustaz-ustaz sahaja, tapi semua. Jangan sangka seorang 'Dentist' tidak mampu untuk berdakwah. Sekalipun seorang peminta sedekah, mereka ada cara mereka sendiri untuk berdakwah. Inikan kita sebagai seorang doktor. Pasti ada caranya malah kita mempunyai potensi yang lebih besar. Manfaatkanlah.
  4. Mantapkan ilmu kedoktoran dan cuba juga ambil masa untuk mempelajari ilmu-ilmu agama supaya kita lebih yakin dan tidak salah apa yang kita sampaikan. (Jangan tipu diri cakap tiada masa. Masa kita banyak dengan online, game, movie n lain2 lagi. Betulkan.=))
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedu­dukanmu.” (Surah Muhammad,47: 7).


# Untuk umum

  1. Jagalah gigi anda. Sekiranya ada sebarang rasa kesakitan segerakan untuk berjumpa doktor gigi kerana kemungkinan ada faktor-faktor lain yang menyebabkan kesakitan tersebut seperti jangkitan kuman akibat daripada gigi berlubang yang tidak ditampal. Jika tidak dirawat, jangkitan tersebut mungkin akan merebak menyebabkan gigi anda bernanah.
    Kebiasaannya, ubat gigi hanyalah untuk 'mengurangkan' dari berlakunya gigi berlubang, bukan menghalang mahupun membaiki
  2. Nasihat yang paling2 penting, ‘Bersyukurlah’ dengan segala pemberian Allah. Walaupun gigi ini nampak seolah sesuatu yang kecil, hakikatnya tanpa gigi hidup kita akan tidak sempurna. Kalau tak percaya cuba bayangkan kita senyum tanpa gigi. Ha, pasti kalau nak tergelak nanti tangan tutup mulut takut orang lain nampak.=)  Jadi ingatlah SEGALA ciptaan Allah PASTI ada hikmahnya.
Akhir kata, tiada manfaat sesuatu ilmu itu jika tidak disusuli dengan amal. Jadi mana yang bermanfaat cuba amalkan. Selamat beramal.

dan buat kawan2ku yg dijadikan sebagai model, semoga cerita menjadi kenyataan. amin..^^