Apa itu dental plaque?
Ia adalah satu lapisan bakteria di atas gigi yang boleh menyebabkan
gigi rosak(karies).
Bagaimana pembetukannya? (Lebih sesuai untuk pelajar
pergigian. Namun kalau ada yang ingin tambah ilmu silakan.^^)
- Peringkat pertama : S. Sanguis(sejenis bakteria) mula berkumpul di lapisan tersebut.
- Peringkat kedua : Jikalau tidak dicuci, selepas beberapa hari akan diikuti pula pengumpulan bakteria-bakteria lain seperti S. Mitior, Neisseria dan Veilonella
- Peringkat ketiga : Selepas 14 hari tanpa cucian diikuti pula dengan Gram Positive Bacilli, fusobocterium, nocardia, actinomyces.
- Peringkat keempat : Selepas 21 hari, akan terbentuknya plaque yang padat yang mengandungi anaerobic motile spirochetes
- Peringkat kelima : Peringkat terakhir pembentukan satu lapisan yang padat yang mengandungi semua organisma2 yang digabungkan menggunakan matrix yang terdiri daripada bakteria dan salivary polymer.
Pada awal pembentukannya, ia masih lembut dan mudah untuk dibuang. Namun, jika tidak dibersihkan dengan segera ia akan semakin mengeras dan mengeras. Kerasnya ia sehinggakan tidak dapat dihilangkan walau sekuat manapun kita memberusnya. (Kalau berus gigi besi tu, wallahua'lam.^^)
Apabila diperingkat ini, penyelesaiannya hanyalah berjumpa doktor gigi untuk dicuci(Nama rawatannya: Scalling). Jika dibiarkan juga, satu masa nanti akan menyebabkan penyakit lain antaranya seperti gigi rosak(karies gigi) dan periodontal disease(faktor yang menyebabkan gigi mudah tercabut.).
Jadi, apa kaitannya dengan kehidupan?
Kaitannya adalah sebagaimana peringkat2 pembentukan plaque itu
yang merosakkan gigi kita, begitu juga dengan peringkat2 dosa yang kita lakukan
yang merosakkan diri kita.
Rasulullah Saw. bersabda, “Setiap anak Adam itu mempunyai kesalahan, dan sebaik-baik orang yang mempunyai kesalahan ialah orang-orang yang bertaubat kepada Allah.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Betul tak, kadang2 bukan kita tak mahu berubah, kita memang ada rasa keinginan nak berubah. Dan memang kita cuba sedaya upaya kita untuk berubah. Akan tetapi apa yang biasanya terjadi, sampai satu masa, kita terulang membuat dosa lagi. Akhirnya kita rasa down dan give up. "Malasla aku nak berubah. Buat penatje. Bukan jadipun." Betulkan ada rasani? ^_^
Jawapannya: Ye. Itulah memang lumrah kehidupan. Bukan kitaje sebegini tetapi
semua manusia. Kita memang tidak akan mampu berubah terus tanpa melakukan apa2 dosa. Namun bukan bermakna kita tidak boleh berubah. Penyelesaiannya adalah 'jangan
pernah mengalah'.
Kita akan benar2 tewas pada nafsu kita dan syaitan apabila kita mengalah. Akhirnya setelah 1 dosa
yang kita buat, kita biarkan maka seterusnya akan bertambah2 ibarat pembentukan plaque tadi yang menjadikan kita semakin teruk. Daripada dosa2 kecil kepada dosa2 yg lebih besar. Dan begitulah seterusnya, akhirnya
jika tidak sempat bertaubat maka hilanglah segala kenikmatan2 yg wujud di alam ini menempuhi alam Neraka.
Ingatlah Allah menerima taubat kamu bila2 masa dalam apa jua
keadaan. Dosa menggunung sampai kelangitpun Allah tetap akan ampuni kita
jika(kena ada jika ye.). Jika kita benar2 bertaubat dan bukan bertaubat dengan
sambil lewa sahaja. Andai tersilap lagi, bertaubat lagi. Sehinggakan kita benar2 berubah.
![]() | |
Gambar dari Facebook ISMA Mesir: https://www.facebook.com/ismamesir |
Akhir kata jangan pernah menyerah kalah. Kuatkan tekad dan azam. N jangan lupa untuk sentiasa mengharapkan daripada Allah. Sekian dari saya. Wassalam
Video yang berkaitan:
Rujukan: Buku Teks Microbiology Mansurah Universiti Tahun
2011
like3~
ReplyDelete