Apakah perasaan anda sekiranya ketika anda sedang bercakap bersama rakan
anda, tiba-tiba dia menegur, 'Eh, mulut awak berbau.'
Sekiranya rakan yang menegur itu seorang yang jenis sopan, masih boleh dipertimbangkan
kerana kebiasaannya rakan sebegini akan cuba untuk tegur dengan kita secara
sembunyi-sembunyi mungkin melalui SMS atau mesej di FB. Akan tetapi bayangkan
andaikan si penegur itu jenis seseorang yang berterus terang secara berdepan
terus dan malahan dengan 'selamber' dihadapan orang ramai dan lebih dari itu ditertawakan
pula oleh mereka, bak kata saudara di indon, 'pasti malu sik...'
Kemungkinan kita akan ada alasan untuk diberikan sekiranya mulut kita yang berbau itu disebabkan faktor penyakit, namun, sekiranya kerana disebabkan kemalasan kita untuk gosok gigi?
Maka, dengan perasaan malu tersebut, kita akan cuba untuk menggosok gigi kita, walaupun dalam keadaan kepenatan kerana kita sudah setkan pada minda kita, sekiranya tidak menggosok gigi kita akan lebih malu ditertawakan.
Begitu juga dari sudut kehidupan kita yang lain. Renungkan sebuah hadis ini,
Pernahkah kita memikirkan adakah kita mempunyai perasaan malu ketika kita melakukan sesuatu kesalahan? Ya, kerana kurangnya atau tiadanya rasa malu tersebut, maka dengan sewenangnya diri kita akan melakukannya dan selayaknya juga kita mendapat balasan yang setimpal.
Bagaimana mengatasi masalah ini? Tebalkan perasaan malu kita terutama kepada Allah dengan cara;
Maka, pilihlah ingin 'malu untuk tidak gosok gigi' atau 'ditertawakan' dan seumpama dengannya 'malu melakukan kesalahan' atau 'dihina'. Tiada sebarang paksaan. =)

![]() |
Mak ai, 'wangi' sangat bau mulut dia |
Begitu juga dari sudut kehidupan kita yang lain. Renungkan sebuah hadis ini,
اذا لم تستح
فاصنع ما شئت
'Jika engkau tidak malu,
buatlah apa yang kamu suka.' (HR Bukhari)
Pernahkah kita memikirkan adakah kita mempunyai perasaan malu ketika kita melakukan sesuatu kesalahan? Ya, kerana kurangnya atau tiadanya rasa malu tersebut, maka dengan sewenangnya diri kita akan melakukannya dan selayaknya juga kita mendapat balasan yang setimpal.
Bagaimana mengatasi masalah ini? Tebalkan perasaan malu kita terutama kepada Allah dengan cara;
1.
Mengingati bahawa Allah tidak
pernah putus mengurniakan pelbagai nikmat kepada kita walaupun sebelumnya kita telah
melakukan dosa padanya. Tidak malukah kita?
2.
Memikirkan disaat kita semua
dikumpulkan untuk menerima balasan di akhirat nanti. Disaat itu tiada rahsia yang dapat disimpan malah mulut, tangan, dan segala anggota tubuh badan
kita juga akan berkata. Bagaimana malunya kita saat itu?
3.
Elakkan daripada membiasakan diri dengan
melakukan perkara maksiat, kerana perkara tersebut akan menghakis perasaan malu tersebut.
4.
Cuba untuk menyesali kesalahan yang dilakukan secepat mungkin dan bertekad untuk tidak mengulanginya.
Maka, pilihlah ingin 'malu untuk tidak gosok gigi' atau 'ditertawakan' dan seumpama dengannya 'malu melakukan kesalahan' atau 'dihina'. Tiada sebarang paksaan. =)
No comments:
Post a Comment