Apakah perasaan anda setelah melihat gambar dibawah ini?
Pesanan yang ringkas namun menyentap hati saya dan mungkin rakan-rakan saya juga pada masa itu. Benarlah ungkapan ayat suci Al-Quran ini,
![]() |
Gambar sebenar dan diambil slide revision Oral Pathology. Penyakit ini dinamakan 'Ameloblastoma' |
Adakah anda rasa geli geleman, meremang bulu roma, atau rasa lucu, kelakar, kesian, sedih, gembira???
*****
Semasa di kelas, kami sendiri tergelak sedikit melihatkan gambar seakan
ini(atau mungkin ini. terlupe.=)). Namun mujurlah doktor/guru kami
sempat memberi pesanan, sewajarnya kita 'bersyukur' melihatkan kepada
gambar ini kerana Allah tidak menjadikan kita seperti yang terjadi
kepadanya sambil dirinya menyebut Alhamdulillah.Pesanan yang ringkas namun menyentap hati saya dan mungkin rakan-rakan saya juga pada masa itu. Benarlah ungkapan ayat suci Al-Quran ini,
قل هو الذي انشأكم وجعل لكم السمع والأبصر والأفئدة قليلا ما تشكرون
Katakanlah: (Wahai Muhammad) Allah itulah Tuhan yang telah menciptakan
dan mengadakan untuk kamu anggota pendengaran, penglihatan dan hati
nurani, tetapi (sayang) 'sedikit benar kamu bersyukur'.(67:23)
Ya, seringkali kita lupa untuk bersyukur diatas segala permberianNya kepada kita.
*****
Bagi yang sedang diuji pula dengan sebarang penyakit, kesakitan,
derita, kemiskinan, sebarang kesusahan dan kesulitan malah ujian nikmat kekayaan, kesenangan
dan kelapangan, maka kembali untuk kita menghayati kepada ayat suci Al Quran ini,
لا يكلف الله نفسا الا وسعها۔۔۔
Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya...(2:286)
![]() |
Kredit to: FB Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) Mesir |
*****
Semoga tulisan yang ringkas ini memberi manfaat. Wallahua'lam
syukran atas peringatan :)
ReplyDelete